PLS CLICK!

Saturday, December 8, 2012

JOM! KENALI SAFRON






Saffron tergolong antara khazanah alam yang termahal didunia. Saffron mengandungi khasiat dan nilai komersial yang tinggi. Kajian sains membuktikan bahawa saffron berpotensi digunakan sebagai salah satu elemen penting dalam penghasilan produk kecantikan kulit. Penggunaan Saffron bukan sahaja dapat mencerahkan kulit sekaligus dapat melembutkan kulit. Bagi anda yang mengidamkan kulit yang cerah dan sihat, Saffron adalah jawapannya.

Bagi ibu-ibu mengandung , Saffron dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandungan. Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Saffron mempunyai nilai perubatan. Saffron berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.


Zaafaran atau safron ialah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat serta terkenal dengan kegunaannya dalam bidang perubatan. Bunga Zafaran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun berwarna ungu. Filamen Zafaran adalah stigma kering dari bunga Zafaran. Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Zafaran merupakan rempahan yang termahal di dunia dan harga Zafaran boleh mencecah sehingga RM 23,000 sekilogram.

Dalam kitab-kitab perubatan Islam, terlalu banyak memperkatakan tentang khasiat Zafaran dan juga perubatan Moden Barat. Zafaran dikatakan kaya dengan vitamin B1 & B2 (Riboflavin & Tiamin). Ianya dapat membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah & kolestrol, mengurangkan risiko serangan jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, sedatif & juga peransang tenaga batin.




No comments:

Post a Comment